Pages - Menu

revolusi

revolusi

Tuesday, December 31, 2013

Sambutan Tahun Baru vs Pembaziran



Assalamualaikum

Seperti yang diketahui, kita sudahpun berada di ambang tahun 2013. Sebagai seorang muslim, setiap apa yang kita buat, haruslah disertai dengan tawakkal, juga seiring dengan muhasabah. Muhasabah di sini adalah bertujuan untuk kita nilai  diri sendiri secara individu apakah visi dan azam kita pada tahun 2013 telah pun kita capai? adakah azam-azam kita yang kita titipkan dalam diri kita pada setiap tahun ini digantungkan dan disandarkan kepada kekuasan Allah S.W.T ? Itu kita perlu muhasabah.

Insya Allah untuk sambutan tahun baru 2014 yang akan menjelang kurang daripada 12 jam ini, saya mengambil pendekatan untuk menyambutnya bersama-sama sahabat-sahabat di kampus sahaja. Tentang sambutan tahun baru ini, secara peribadi ia adalah satu program berfokus kepada pembaziran dan mendedahkan golongan-golongan belia serta remaja kepada maksiat dan hiburan yang tidak sihat. Kita yang menonton sendiri di televisyen pun tahu betapa tidak selesa nya suasana di dataran merdeka ketika malam sambutan tahun baru. Itu belum lagi keadaan di dataran ketika pasca sambutan, dengan kes kondom bersepah-sepah, sampah merata-rata, macam mana kita boleh declare negara Malaysia ini adalah sebuah negara Islam? Ini adalah sebuah pembaziran kewangan negara apabila ia disalurkan kepada program-program yang berunsurkan kemaksiatan. Kerana, sumber duit itu adalah dari sumber rakyat, seperti contoh, cukai pintu, cukai tanah, GST dan lain-lain. Tergamakkah wang itu disalurkan kepada kemaksiatan di kala rakyat Malaysia sedang susah payah dengan dasar kerajaan yang menyebabkan kos saraan hidup rakyat kian meningkat? 

Banyak inisiatif sambutan tahun baru yang dianjurkan di masjid-masjid, surau-surau, forum-forum juga di rumah sendiri bersama keluarga tercinta yang lebih berfokus dan memberi kebaikan dalam membentuk jati diri belia ke arah menjadi modal insan yang soleh. Islam adalah solusi. Remaja ejen perubahan. Wallahu'alam





No comments:

Post a Comment